Kempen MYSave Food@Ipoh elak pembaziran makanan - Utusan Malaysia

Kempen MYSave Food@Ipoh elak pembaziran makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Mei – Setiap kali Ramadan, isu pembaziran makanan kerap berlaku antaranya disebabkan keghairahan orang ramai berbelanja sehingga membeli melebihi keperluan.

Lebihan makanan juga berlaku apabila ada peniaga termasuk pihak hotel bertindak membuang juadah yang tidak terjual sekali gus berlakunya pembaziran.

Bagi mengelakkan perkara sedemikian, Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema) negeri Perak mengambil inisiatif melancarkan kempen MYSaveFood@lpoh bagi mengumpulkan lebihan makanan daripada peniaga di bazar Ramadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Projek, Ahmad Adlan Mohamed Khalidi berkata, kempen yang julung-julung kalinya itu dijalankan selama lima hari bermula Isnin lalu di Bazar Ramadan Medan Gopeng di sini.

Menurut beliau, kempen ini rentetan kejayaan program sama yang telah dijalankan di Lembah Klang sejak tiga tahun lalu bermula atas kesedaran perlunya pembaziran makanan dikurangkan pada bulan Ramadan.

Sepanjang kempen di sini kita dapat mengumpulkan kira-kira 240 kilogram makanan sehari yang kemudian dihantar kepada beberapa rumah kebajikan dan asnaf di sekitar Gunung Rapat di sini.

“Kita sangat bersyukur dan berterima kasih di atas sokongan para peniaga di bazar ini yang sama-sama membantu untuk mengurangkan pembaziran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada majlis pelancaran penutup kempen MYSaveFood@lpoh di Bazar Ramadan Medan Gopeng yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari di sini hari ini.

Turut menjayakan kempen ini ialah lnstitut Penyelidikan dan Kemaiuan Pertanian Malaysia, Persatuan Peniaga Kecil Melayu Perkasa Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak dan RunnerMyRun Food Delivery.

Tambah Ahmad Adlan, sambutan baik masyarakat terhadap kempen ini pihaknya merancang untuk menjayakan lagi MYSaveFood@lpoh pada masa hadapan.

Katanya, kempen berkenaan turut digerakkan oleh 20 orang sukarelawan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini