Ramaphosa angkat sumpah, Presiden Afrika Selatan - Utusan Malaysia

Ramaphosa angkat sumpah, Presiden Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRETORIA 25 Mei – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa mengangkat sumpah hari ini berhadapan skeptisisme dan harapan selepas berikrar untuk mengubah negara dan menghidupkan ekonomi.

Ketua-ketua negara asing turut hadir antara 36,000 orang yang dijangka menyaksikan upacara di stadium rugbi di sini.

Pemimpin berusia 66 tahun itu dilantik oleh Parlimen selepas Kongres Nasional Afrika (ANC) memenangi pilihan raya dengan memperolehi 230 daripada 400 kerusi pada 8 Mei lalu. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini