‘Aksi terburuk Selangor musim ini’ - Utusan Malaysia

‘Aksi terburuk Selangor musim ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Pengendali Selangor, B.Satiananthan menyifatkan kekalahan 0-1 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam merupakan aksi terburuk pasukannya musim ini.

Satiananthan berkata, skuad Gergasi Merah gagal mempamerkan prestasi baik seperti biasa apabila semua pemain bermain di bawah kemampuan sebenar termasuk Faiz Nasir dan Syazwan Zainon yang merupakan pemain kebangsaan.

“Terengganu menang bukan nasib.. mereka memang berhak kerana keseluruhan bermain lebih baik daripada kita, dan mereka tunjukkan semangat ingin menang yang tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka cipta lebih banyak peluang daripada kita (Selangor) sementara kita pula asyik hilang bola dan bila ada peluang kita tak ambil,” kata Sathianathan selepas tamat perlawanan.

Gol tunggal Terengganu ‘dihadiahkan’ oleh kapten Selangor, K. Sarkunan apabila dia tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-90 perlawanan dalam usahanya mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.

Satiananthan berkata, beliau tidak menyalahkan Sarkunan kerana gol sendiri itu, sebaliknya aksi pemain-pemain lain yang gagal mengekalkan penguasaan bola turut memberi peluang kepada pasukan Terengganu membuat serangan sehinggalah terhasilnya jaringan.

Dengan kekalahan tersebut Selangor kekal di tempat keempat dengan 22 mata, manakala Terengganu melonjak ke kedudukan kelima dengan 20 mata selepas masing-masing mengharungi 15 perlawanan.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini