Lelaki ditahan tangkap ikan tanpa permit - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan tangkap ikan tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) semalam selepas disyaki menangkap ikan tanpa permit dalam Ops Gelora di perairan Pelabuhan Labuan, dekat sini.

Dalam tangkapan 5.50 petang itu, turut dirampas iaitu sebuah bot bersama muatannya membabitkan keseluruhan nilai berjumlah RM9,535.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam tangkapan itu, juragan bot berusia 31 tahun itu pada mulanya gagal menunjukkan sebarang permit menangkap ikan, manakala lesen bot pula didapati tamat tempoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, hasil pemeriksaan, pihaknya kemudiannya menemukan sebuah tong berisi pelbagai jenis ikan di dalam bot itu dipercayai hasil tangkapan juragan terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai jenis ikan dengan anggaran berat 30 kilogram (kg) di dalam bot berkenaan.

“Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan menyalahi Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 kerana lesen bot tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Pajeri, bot bersama muatan yang dirampas kemudian dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Labuan dekat sini untuk tindakan lanjut.

“Kes dirujuk kepada Jabatan Perikanan Labuan serta Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah untuk tindakan lanjut.

“PPM Wilayah 4, Sabah menjalankan operasi sepanjang masa dan menjalinkan kerjasama dengan orang ramai untuk mendapatkan maklumat berhubung pelanggaran peraturan di perairan negara,”jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini