Liga Super: Selangor kalah sebab salah sendiri - Utusan Malaysia

Liga Super: Selangor kalah sebab salah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Selangor perlu menyalahkan diri sendiri bermain di bawah kemampuan sebenar menjadi punca tewas 0-1 kepada skuad ‘bermasalah’, Terengganu Football Club I (TFC I)  pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Pengendali Selangor, B. Satiananthan berkata, kemenangan itu bukan disebabkan nasib tetapi 
skuad Penyu memang berhak kerana telah mempamerkan lebih kesungguhan untuk mencapai kemenangan pada aksi tersebut.

“Saya tidak boleh hendak salahkan padang lagi yang hari ini (kelmarin) agak basah kerana hujan sebaliknya pemain (Selangor) yang asyik kehilangan bola terutama pada 20 minit terakhir perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“TFC I lebih bersungguh berlari di atas padang untuk mencari gol sedangkan pemain kita bagaikan berjalan kaki. Pemain pertahanan saya macam hendak muntah terima serangan bertali arus daripada tuan rumah,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi terbabit, TFC I mencapai kemenangan dramatik 1-0 menerusi kesilapan kapten Red Giants, Sarkunan yang tertampan hantaran Adib Aizuddin Ab. Latif ke gawang sendiri pada minit ke-90.

Satiananthan berkata, beliau juga kesal skuad kendaliannya terlalu mengharapkan pemain import baharu, Ifedayo Olusegun Omosuyi untuk menghasilkan serangan tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan lain termasuk pemain kebangsaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×