Lippi kembali dilantik selaku jurulatih China - Utusan Malaysia

Lippi kembali dilantik selaku jurulatih China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI 24 Mei – Marcello Lippi kembali dilantik sebagai jurulatih China, hari ini, empat bulan selepas pemenang Piala Dunia itu meletakkan jawatannya, ekoran kegagalan rakan senegaranya dari Itali, Fabio Cannavaro.

Kepulangan Lippi, 71, menggalas kembali jawatan penting dalam bola sepak China itu mendapat liputan meluas daripada media domestik dan juga begitu dialu-alukan oleh peminat.

Lippi, yang mengosongkan jawatannya itu selepas China tersingkir pada suku akhir Piala Asia setelah tewas 0-3 kepada Iran, Januari lalu, bakal menggalas tanggungjawab untuk membawa pasukan itu layak ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Memuatkan artikel berkaitan…

China hanya berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia sekali pada 2002, apabila mereka tersingkir tanpa mengutip sebarang mata ataupun menjaringkan gol.

“Sejak Lippi dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan, mereka mula mempamerkan perkembangan positif dan menunjukkan semangat juang yang tinggi.

“Kami percaya hari yang dinantikan bakal tiba jua, di bawah kepimpinan Lippi dan pasukan kejurulatihannya, skuad kebangsaan akan mampu menghadirkan impak bagi merealisasikan impian layak ke Piala Dunia,” kata Persatuan Bola Sepak China dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini