YANGON 24 Mei – Myanmar digesa untuk ‘menunjukkan hasil’ bagi meyakinkan pelarian Rohingya untuk pulang ke negara ini.
Gesaan itu disuarakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian, Filipo Grandi ketika menamatkan lawatan pertamanya ke negara ini, hari ini.
Ketika lawatannya, Grandi mengadakan pertemuan dengan komuniti Muslim Rohingya dan Buddha Rakhine di Maungdaw serta Buthidaung, utara Rakhine.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau juga turut mengadakan pertemuan dengan pegawai Myanmar di Naypyidaw, termasuklah pemimpin Aung San Suu Kyi.
“Mesej saya ialah: tolong percepatkan kerana pelaksanaannya terlalu perlahan. Kita perlu menunjukkan hasil,” kata Grandi kepada AFP. – AFP











