KUALA LUMPUR 24 Mei – Sebuah motosikal kapcai ‘landing’ atas bumbung kereta jenis Mercedes Benz berwarna hitam dipercayai terlanggar bahagian belakang kenderaan itu sebelum terpelanting di Jalan Skudai menghala ke pusat bandar Johor Bahru.
Kejadian yang berlaku berhampiran Taman Tun Aminah petang tadi itu tular dalam media sosial selepas dimuat naik beberapa saksi yang menyaksikan insiden itu.
Bagaimanapun keadaan penunggang motosikal berkenaan tidak dapat dipastikan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut saksi kejadian, kereta terbabit dipercayai berhenti di lorong kanan akibat rosak sebelum dirempuh motosikal selepas memotong beberapa buah kereta yang bergerak perlahan.
Kejadian itu menyebabkan kesesakan sementara di kedua-dua arah Jalan Skudai. – UTUSAN ONLINE











