Kerjasama Chatime, Neelofa buka cawangan Chatime Signature pertama - Utusan Malaysia

Kerjasama Chatime, Neelofa buka cawangan Chatime Signature pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Chatime Malaysia Sdn. Bhd. (Chatime) menjalin kerjasama dengan selebriti terkemuka negara, Neelofa untuk membuka cawangan Chatime Signature yang pertama di negara ini.

Pembukaan cawangan terbaharu berkonsepkan kafe tersebut dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime, Aliza Ali berkata, pemilihan Neelofa dalam kerjasama terbaharu itu berikutan pengaruh positif yang dibawa usahawan wanita tersebut terhadap generasi muda negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Neelofa merupkan calon paling sesuai untuk kami berkolaborasi bersama kerana dia merupakan usahawan muda yang dipandang tinggi dalam generasinya.

“Kejayaan Neelofa menjadi inspirasi bagi generasi muda untuk bangkit dan mengejar impian mereka,” katanya.

Selain itu, penglibatan Neelofa dalam kerjasama tersebut turut akan menyaksikan pelebaran sayap perniagaan Chatime ke Singapura dan Asia Barat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini