KUALA LUMPUR 24 Mei – Pelbagai pertikaian melibatkan hak-hak Bumiputera sejak kebelakangan ini mencetuskan polemik dalam suasana persekitaran negara.
Antara yang tegas menyatakan ketidakpuasan hati terhadap golongan yang cuba mempertikai hak berkenaan adalah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Berikut kenyataan penuh Ketua Wirawati Putra, Dr. Asma Razalli:
Tiada lagi topeng yang perlu dipakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menghapuskan pelbagai hak keistimewaan Bumiputera dan orang-orang Melayu.
Mereka kini tidak lagi segan silu menyatakan kononnya hak-hak istimewa Bumiputera mahupun orang Melayu tidak lagi relevan, sedangkan mereka menyimpan sulaman helah dibelakang kenyataan.
Sehingga kita terkadang terfikir siapakah sebenarnya yang terpaksa berkorban menukar hak mereka semata-mata untuk menjaga hati pihak lain ketika perjanjian ‘Kemerdekaan’ dibuat.
–
Ibarat ‘diberi betis mahukan peha’.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang majmuk perlu faham dan menghormati, Perlembagaan Persekutuan dibuat dengan teliti dan diperhalusi pelbagai pemimpin dari berlainanan latar belakang kaum dan Agama demi mencapai sebuah kemerdekaan.
Perjanjian ini dibuat bagi menghormati dan berterima kasih kepada orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera yang rela berkorban menerima dan bertolak ansur demi sebuah kemerdekaan. Ia adalah legit, sah dan tiada tarikh luput.
Hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan serta Perkara 153 di dalam Perlembagaan adalah berasas dan tidak sesekali boleh disentuh oleh mana mana pihak.
Mengapa kita harus terus terusan berdiam dengan desakan UEC yang bukannnya berkiblatkan Malaysia? Siapa mereka boleh begitu angkuh di tanah air Kita.
Siapa yang perlu mendengar siapa sebenarnya?
Mengapa perlu lagi wujud sekolah berlainan aliran di waktu kemodenan dan perpaduan yang seharusnya dicapai menerusi sistem pendidikan satu aliran?
Siapa yang tidak relevan sebenarnya?
Adakah kita bertanya semua soalan ini dan mahu terus berdiam diri.
Negara-negara jiran tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh Malaysia, malah mereka menganggap Malaysia tidak relevan melayan permintaan yang tidak berasas.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dirobek apabila surat-surat rasmi kerajaan dan keberanian segelintir pihak menukar papan tanda jalan-jalan raya tanpa kebenaran PBT sehingga mendapat murka Sultan.
Sadis!! tapi itulah kebenaran. Tiada lagi sifat hormat kepada Perlembagaan Negara malah pihak tidak bertanggungjawab ini sudah berani menentang secara terang- terangan..
Kamu ingin bisu? Teruskan.
Kuota Matrikulasi khusus untuk menjaga kebajikan Bumiputera kononnya dianggap jalan belakang?
Namun pada masa yang sama mereka mahukan ia dibuka kepada semua.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga dituntut untuk dibuka kepada semua lapisan, ‘rasis’ katanya… padahal universiti-universiti tajaan khas mereka diam seribu bahasa apabila ‘0’ kemasukan pelajar Bumiputera/Melayu. Yuran punca utama.
Isu ‘Mandarin preffered/ Mandarin speaking only’ bukanlah sesuatu yang baharu dalam sektor pekerjaan, terlalu ‘rasis’ sebenarnya. ‘Terpaksa..’ kata mereka, kerana ramai yang tidak faham berbahasa Melayu.
Lalu Kita perlu mengajukan soalan mudah ini.
Mengapakah kamu tidak mahu belajar di sekolah aliran Kebangsaan ataupun sekurang- kurangnya belajar bahasa Melayu kerana kamu tinggal di Malaysia?
Mengapa majoriti pula yang perlu memahami kamu tapi bukan kamu yang mahu menyesuaikan diri dengan majoriti?
Hanya satu relatif relevan dalam semua isu ini,
Tiada rasa hormat kepada negara, berasa bahasa Melayu tidak penting dan pastinya mereka tiada jatidiri kenegaraan kerana mencedok fahaman negara lain.
Kenanglah kata pepatah ‘Di Mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.
Berhentilah bersandiwara di dalam kepura- puraan yg sudah nampak.
Perpaduan tidak akan datang dengan berpecahnya aliran pendidikan seawal usia kanak-kanak.
Bahasa Kebangsaan paksi penyatuan masyarakat. – UTUSAN ONLINE
Artikel diatas tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.











