Unitar bantu pelajar pilih kerjaya sesuai - Utusan Malaysia

Unitar bantu pelajar pilih kerjaya sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Unitar International University (Unitar) bekerjasama dengan MIMOS Berhad bagi memperkenalkan satu sistem penilaian psikometrik yang digunakan untuk mengukur minat kerjaya seseorang individu.

Unitar menerusi satu kenyataan berkata, sistem penilaian tersebut dibangunkan berdasarkan teori-teori pembangunan kerjaya dalam u­saha meningkatkan nilai tambah graduan bagi menembusi pasaran kerja kelak.

“Usaha Unitar bagi melahirkan graduan berkualiti adalah selaras dengan akronim CARE iaitu kerjasama (collaborative), penyesuaian (adaptive), cerminan (reflect) serta keusahawanan (entrepreneurial).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, sistem penilaian psikometrik yang digunakan itu dilihat sebagai satu penyelesaian dalam memudahkan para pelajar membuat keputusan berhubung jurusan pengajian yang ingin dipilih,” katanya.

Tambahnya, sistem penilaian itu juga turut membolehkan pelajar membuat keputusan tepat dalam memilih bidang pengajian sekali gus menjamin prospek kerjaya yang akan diceburi mereka kelak.

“Menerusi sistem ber­kenaan, keupayaan pelajar, kecenderungan, pengetahuan dan ciri-ciri peribadi akan digabungkan seterusnya analisa dan keputusan dipaparkan bagi membantu mengetahui kekuatan modal insan me­reka,” ujarnya. 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini