Bob Rock sedia baju raya saiz besar - Utusan Malaysia

Bob Rock sedia baju raya saiz besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Setiap kali menjelang Aidilfitri, individu bertubuh besar sering menghadapi masalah untuk mendapatkan baju raya pasang siap.

Namun dengan adanya baju Melayu siap jenama Bob Rock, masalah itu mampu diselesaikan sekelip mata.

Menurut Pengarah Urusan Moxwave Resources yang memasarkan produk jenama Bob Rock, Nasrul Hakim Shahruddin, baju raya saiz besar mendapat permintaan tinggi sejak beberapa tahun yang lalu sehingga mendorong beliau berusaha memenuhi permintaan tersebut tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama ini saya memang menjual baju saiz besar dalam bentuk kemeja, seluar moden dan ­baju T. Tahun ini kami mula memasarkan baju Melayu saiz besar dengan harga RM169 setelah permintaan semakin meningkat.

“Baju Melayu dihasilkan dengan kerjasama rakan strategik di Bangkok, Thailand.

“Cuma pada awalnya memang ada masalah kerana mereka tidak begitu mahir dengan rekaan baju Melayu kita,“ katanya kepada pemberita di butiknya di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 di sini semalam.

Nasrul berkata, beliau turut menawarkan pelbagai baju bercorak kontemporari untuk golongan wanita menerusi jenama Lovelily.

Tambahnya, produk Bob Rock dan Lovelily turut dijual secara online menerusi media sosial di Facebook Bob Rock Apparel dan Instagram @bobrockapparel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini