Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Sudah pasti pelbagai menu berlegar-legar dalam ruang fikiran untuk disediakan buat sanak saudara dan sahabat handai.
Walaupun hidangan tradisional sentiasa menjadi pilihan, namun penjagaan kesihatan tetap menjadi keutamaan bagi mengelak risiko penyakit.
Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah kunci kepada tabiat makan yang sekali gus menjamin kehidupan sempurna.
Langkah-langkah tertentu boleh diambil termasuk memastikan makanan yang dimasak menggunakan kandungan garam dan gula yang kurang. Malah dalam masa sama, hidangan utama seperti nasi dimasak dengan cara yang sihat.
Umum mengetahui nasi membekalkan tenaga untuk tubuh, namun pengambilan secara berlebihan dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan.
Namun, melalui penggunaan periuk nasi Healthy & Tasty keluaran Tefal, nasi yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia masih kekal sihat walaupun diambil secara kerap.
Menurut Pengarah Pemasarannya, Jimmy Ang, beras yang dimuatkan dalam pot berbentuk sfera akan dibilas sebanyak 15 kali pada suhu 100 darjah Celsius bagi mengeluarkan kandungan kanji yang tidak sihat untuk kesihatan.
“Dua langkah memasak yang unik ini direka khas bagi mengasingkan 20 peratus kanji semasa proses memasak.
“Walaupun dimasak secara kukus dan kanji dikurangkan, namun rasanya tetap sedap dan setanding nasi kukus. Lebihan kanji yang dikeluarkan boleh dilihat menerusi air yang bertukar warna,” katanya.
Tambah Jimmy, ciptaan pot berbentuk sfera itu juga membolehkan nasi dimasak secara sempurna dan sekata selain lebih gebu tanpa kerak.
“Melalui teknologi ini, tiada lagi istilah nasi mentah dan berkerak kerana kebanyakan periuk nasi yang berada dalam pasaran hanya menjana haba dari bawah ke atas dan bukannya secara keseluruhan,” jelasnya.
Selain kukus, periuk nasi tersebut juga boleh digunakan seperti biasa dan boleh memasak sehingga lima cawan beras untuk keluarga kecil.
Periuk nasi tersebut menggunakan teknologi pemanasan induksi yang digabungkan dengan periuk memasak sfera dalam menghasilkan masakan secara optimum iaitu tidak ada kompromi pada rasa.
Menawarkan pelbagai fleksibiliti dengan pelbagai program pra tetapan, periuk nasi kompak itu juga mempunyai fungsi yang mudah ditangguhkan dan berfungsi dengan mudah bagi memastikan nasi sentiasa panas.
Selain nasi putih, periuk nasi tersebut juga boleh digunakan untuk memasak nasi beras perang, beras pelbagai bijirin, bubur dan sup dengan lebih pantas berbanding periuk nasi lain iaitu kira-kira 35 minit.
“Periuk ini amat mesra pengguna dan mudah dibersihkan.
Bagi yang berminat boleh dapatkan di kedai elektrik atau menerusi platform e-dagang Shopee pada harga RM1,299.
“Sempena Aidilfitri ini, Tefal menawarkan harga RM899 yang akan berakhir Jun ini,” katanya.
Sementara itu, penggemar smoothies dan jus buah-buahan boleh menikmati keenakan dan kelazatan minuman itu dengan cara yang mudah dan pantas tanpa mengurangkan khasiatnya.
Bukan sekadar untuk smoothies dan jus buah-buahan, malah Jimmy memberitahu, pengisar Ultrablend Boost Vaccuum mampu mengisar makanan seperti kacang tanah dengan sangat halus.
“Melalui teknologi anti oksida, udara yang terkumpul dapat dikeluarkan sekali gus mengurangkan pengoksidaan dalam makanan yang menjadikan jus lebih sihat dan warna buah lebih asli,” ujarnya.
Terdapat dua jenis balang disediakan iaitu untuk makanan panas yang berkapasiti 1.4 liter dan sejuk (1.75 liter).
Kelebihan pengisar itu juga merangkumi 10 program masakan yang memudahkan isi rumah untuk memasak dan menghasilkan minuman.
Lebih menarik, pengisar itu membolehkan pengguna memasak sup secara terus dalam mesin pengisar tersebut sebelum dikisar.
“Ia amat mudah bagi mereka yang memiliki anak kecil dan sudah mula makan makanan pejal yang halus. Ini kerana mesin ini mengisar 50 kali ganda lebih halus,” jelas Jimmy.
Bagi yang berminat boleh dapatkan set Ultrablend Boost Vaccuum pada harga RM1,999.











