Wanita mati lemas dihanyutkan 78km dari Ipoh ke Teluk Intan - Utusan Malaysia

Wanita mati lemas dihanyutkan 78km dari Ipoh ke Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 23 Mei – Selepas empat hari dilaporkan hilang, mayat seorang wanita yang terjatuh ke dalam Sungai Pinji di Pasir Puteh di sini, akhirnya ditemukan di Jeti Kampung Bahagia di Teluk Intan hari ini.

Mayat V. Shalini, 24, dihanyutkan sejauh hampir 78 kilometer sehingga ke Sungai Perak setelah terjatuh ke dalam Sungai Pinji Isnin lalu selepas terbabit kemalangan semasa menunggang motosikal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sekumpulan anggota dihantar ke tempat kejadian untuk mengambil mayat di Sungai Perak setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.05 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, semasa pihaknya sampai di lokasi kejadian, didapati terdapat satu mayat dalam keadaan terapung berhampiran Jeti Kampung Bahagia, Teluk Intan.

“Mayat yang dijumpai orang awam itu kemudiannya dibawa naik ke tebing dan disahkan oleh pihak polis sebagai mayat yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Pinji, Pasir Puteh Isnin lalu.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 8.30 pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini