India kalah, Malaysia ke suku akhir - Utusan Malaysia

India kalah, Malaysia ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Seperti dijangka, juara 10 kali, China tidak menghadapi masalah untuk menumbangkan juara Sukan Komanwel, India 5-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D, kejohanan badminton Piala Sudirman di Nanning, China hari ini.

Kemenangan tersebut sekali gus memastikan Malaysia memenuhi misi awalnya dengan mengiringi China ke suku akhir kejohanan berpasukan campuran itu selaku naib juara kumpulan.

Beregu No. 2 dunia, Wang Yilyu-Huang Dongping menghadiahkan mata pertama tuan rumah apabila mudah menumpaskan Pranaav Jerry Chopra-Reddy N. Sikki 21-5, 21-11.

Memuatkan artikel berkaitan…

Juara Olimpik, Cheng Long dipaksa berhempas pulas sebelum mengutip mata kedua China apabila menundukkan Sameer Verma 21-17, 22-20, sebelum pasangan No. 7 dunia, Han Chengkai-Zhou Haodong mengesahkan kemenangan pasukannya dengan mengalahkan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi rubber-game 18-21, 21-15, 21-17.

Dua lagi mata China disumbangkan pemain No. 3 dunia, Chen Yufei dan beregu No. 2 dunia, Chen Qingchen-Jia Yifan dalam saingan perseorangan dan beregu wanita.

Semalam, Malaysia menunjukkan semangat juang tinggi ketika menumpaskan India 3-2, sehari selepas dibelasah 5-0 oleh China.

Menampilkan sebahagian besar pemain baharu, pasukan negara tidak meletakkan sasaran spesifik, namun berharap tidak pulang awal sambil berusaha mengulangi pencapaian terbaiknya mara ke separuh akhir 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini