Pulisic sedia beri impak besar buat Chelsea - Utusan Malaysia

Pulisic sedia beri impak besar buat Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Mei – Bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic memasang impian mahu mencapai tahap sama seperti Eden Hazard di Chelsea.

The Blues mencapai kata putus dengan Borussia Dortmund dengan pembayaran yuran perpindahan sekitar 64 juta Euro (RM298 juta), Januari lalu untuk mengikat Pulisic yang terlebih dahulu menamatkan saingan musim ini bersama kelab Bundesliga itu.

Bagaimanapun, peluang pemain muda berusia 20 tahun itu, berganding bersama Hazard dilihat tipis apabila bintang Chelsea itu bakal menyertai Real Madrid menjelang perpindahan musim panas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sepanjang Hazard bersama Chelsea, dia telah membantu kelab tersebut menjulang dua trofi liga, satu Piala FA, satu Piala EFL serta satu kejuaraan Liga Europa.

“Hebat menyaksikan apa yang telah dilakukan oleh Hazard. Dia adalah pemain yang boleh dijadikan contoh dan saya mahu menjadi sepertinya.

“Ia satu sasaran buat saya. Setiap pemain pastinya bodoh jika tidak mahu berada satu pasukan bersama Hazard,” katanya.

Chelsea yang bakal berdepan Arsenal dalam aksi final Liga Europa 30 Mei ini telah menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ketiga namun ketinggalan jauh 25 mata di belakang pasukan tangga kedua, Liverpool.

Dalam pada itu, Pulisic optimis pasukannya mampu merapatkan jurang dengan The Reds dan juara musim ini, Manchester City.

“Kami memiliki barisan pemain yang penuh keyakinan. Liverpool dan City adalah dua pasukan hebat yang melalui musim terbaik tetapi saya telah menyaksikan Chelsea bersaing dengan pasukan besar dan bermain dengan bagus.

“Kami mahu mara dengan mentaliti kemenangan dan bersaing bersama mereka,” tambahnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini