NFC mungkin dijenamakan semula - Utusan Malaysia

NFC mungkin dijenamakan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 21 Mei – Syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) berkemungkinan dijenamakan semula selepas diambil alih syarikat lain.

SALAHUDDIN AYUB

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya mahu isu NFC diselesaikan secepat mungkin dan diteruskan kerana melibatkan kepentingan awam termasuk kemampuan membekalkan 30 peratus daging tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik jika syarikat berkenaan dapat memenuhi syarat ditetapkan termasuk menyelesaikan pinjaman dengan Kementerian Kewangan bernilai RM254 juta.

“Pada awal saya memulakan perkhidmatan di kementerian, saya dimaklumkan ada syarikat yang memang amat berminat untuk ambil alih NFC. Ia telah diteliti dan diangkat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Menteri Kewangan memberi maklum balas dengan syarat NFC perlu kembalikan semula pinjaman.

“Jika semua syarat dipenuhi mereka boleh meneruskan projek NFC tetapi mungkin dengan nama lain, bukan NFC,” katanya pada sidang akhbar pada majlis berbuka puasa bersama kakitangan kementerian di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini