Najib setuju debat selepas Ramadan - Utusan Malaysia

Najib setuju debat selepas Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 21 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk berdebat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang selepas bulan Ramadan ini.

Beliau bagaimanapun berkata, tarikh, masa dan tempat perdebatan itu akan dibincangkan dalam tempoh terdekat.

“Insya-Allah kita akan tentukan tarikh, saya minta lepas Ramadan ini, takkan kita hendak berdebat dalam bulan Ramadan pula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tarikh, tempat dan kaedahnya akan ditentukan tapi yang pasti debat itu akan tetap diadakan,” katanya.

Najib ditemui selepas menghadiri majlis Iftar Jamaie di kediaman Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Yang turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Raof Yusoh.

Najib hari ini mencabar Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri untuk berdebat.

Beliau bersedia mengadakan “apa saja” perdebatan gaya bebas dengan Kit Siang, selepas pemimpin kanan DAP itu menyerangnya secara terbuka, baru-baru ini.

Ini bukan kali pertama cabaran berdebat membabitkan kedua-dua seteru politik itu kerana cabaran itu sudah bermula pada Julai tahun lalu apabila Kit Siang mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk Islam Bukan Kleptokrasi.

Najib berkata, tajuk dan syarat perdebatan itu juga akan diputuskan menerusi perbincangan khas bersama beberapa pihak pada Aidilfitri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini