Najib beli barang basah di Tesco Peringgit - Utusan Malaysia

Najib beli barang basah di Tesco Peringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 21 Mei – Laungan ‘Malu apa bossku’ bergema di pasar raya Tesco Peringgit di sini petang ini apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung untuk membeli barangan sambil bertemu rakyat negeri ini.

Ketibaan Najib pada pukul 5 petang disambut oleh ratusan pengunjung di pusat beli-belah itu sepanjang hampir 30 minit beliau meluangkan masa di situ.

Beliau yang memakai baju T lengan pendek warna hijau turut meluangkan masa untuk berswafoto dengan sebilangan besar pengunjung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Najib ada memuat naik kedatangannnya ke Melaka hari ini dalam laman sosial Facebook untuk membeli barangan dapur.

“Alamak. Saya check tadi macam kurang sikit barang dapur. Kena gi Tesco ni. Ada followers saya dari Melaka tak?, Jom kita pergi Tesco Peringgit esok 21 Mei, 5 petang,” memetik posting dalam Facebook beliau.

Najib kemudian bergerak ke Klebang untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan solat maghrib serta tarawih di kediaman Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohammad Ali Mohammad malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini