[VIDEO] Tesco Peringgit riuh Najib datang beli barang dapur  - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tesco Peringgit riuh Najib datang beli barang dapur 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Suasana di pasar raya Tesco Peringgit di sini bertukar menjadi riuh apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung untuk membeli barangan dapur sambil beramah mesra dengan rakyat negeri ini petang tadi.

Beliau tiba kira-kira pukul 5 petang dan disambut oleh ratusan pengunjung dengan sebilangan daripada mereka melaungkan “Bossku” berkali-kali. 

Najib yang memakai baju-T lengan pendek warna hijau juga dilihat meluangkan masa untuk berswafoto dengan sebilangan besar pengunjung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, beliau turut memaklumkan kedatangannya di Tesco Peringgit menerusi laman sosial Facebook. 

Najib kemudian bergerak ke Klebang untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan solat maghrib serta tarawih di kediaman Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohammad Ali Mohammad malam ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini