Tiada kes jangkitan monkeypox di Johor - Utusan Malaysia

Tiada kes jangkitan monkeypox di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Mei – Tiada kes jangkitan monkeypox dikesan dan dilaporkan di negeri ini sehingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd. Khuzzan Abu Bakar.

MOHD. KHUZZAN ABU BAKAR

Beliau berkata, sejak Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan satu kes import monkeypox pada 9 Mei lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengambil beberapa tindakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, antara langkah yang diambil adalah dengan mengedarkan maklumat berkaitan monkeypox kepada semua anggota kesihatan termasuk di barisan hadapan untuk mengenal pasti awal kes disyaki.

“Meningkatkan aktiviti pemantauan di semua pintu masuk di negeri ini terutama kepada mereka yang mempunyai sejarah melawat Negara Afrika (Nigeria), semua kes disyaki perlu dirujuk ke hospital dengan segera.

“Selain itu, semua fasiliti kesihatan telah diminta berjaga-jaga untuk isolasi dan merawat kes disyaki monkeypox,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak terlibat juga diberi arahan untuk melaporkan segera jika terdapat kes yang disyaki penyakit monkeypox ke bilik gerakan Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Respon Kebangsaan (CPRC) negeri.

Mohd. Khuzzan berkata, pada masa sama, Jabatan Kesihatan Negeri turut menasihatkan orang ramai supaya mereka yang ke negara endemik monkeypox hendaklah mengelak bersentuh dengan haiwan liar dan tidak memakan daging haiwan liar.

“Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk menjaga kebersihan tangan dengan mencuci menggunakan sabun dan air.

“Selain itu, mana-mana pengembara yang tidak sihat semasa perjalanan atau selepas kembali dari negara endemik monkeypox hendaklah mendapatkan rawatan segera,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini