LOS ANGELES 21 Mei – Dua orang maut setelah pesawat laut apung terhempas di Alaska, semalam.
Pihak berkuasa, Ketchikan Gateway Borough dalam kenyataan berkata, nahas tersebut merupakan insiden kedua membabitkan penerbangan tempatan yang sama minggu ini.
“Seorang juruterbang dan penumpang maut selepas Taquan Air Beaver Floatplane terhempas di Pelabuhan Metlatkatla tengah hari semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tiada penumpang lain dalam kapal terbang,” jelas kenyataan itu.
Pada Selasa minggu lalu, pesawat syarikat itu berlanggar dengan pesawat kaub di udara mengorbankan enam orang berhampiran Ketchikan, tenggara Alaska. – AFP











