Lelaki maut Viva bertembung lori bawa muatan sawit - Utusan Malaysia

Lelaki maut Viva bertembung lori bawa muatan sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 21 Mei – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan sawit di Kilometer 25 Jalan Jerantut – Benta berhampiran Kampung Jerangsang hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd Yusof Manah,56, dalam perjalanan dari Benta menuju ke Jerantut.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kereta jenis Perodua Viva dipandu mangsa memasuki ke laluan lori secara tiba-tiba menyebabkan berlakunya kemalangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat kemalangan pemandu kereta tersepit dalam kenderaannya yang remuk dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,”katanya, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini