Gotze dedah kisah lucu Klopp - Utusan Malaysia

Gotze dedah kisah lucu Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Mei – Mario Gotze telah memuji keperibadian Jurgen Klopp ketika dia menceritakan tentang bekas pengurus Borussia Dortmund itu menjalani rawatan penanaman rambut.

Pemenang Piala Dunia itu melakukan penampilan sulungnya di pentas profesional sewaktu berada di bawah teraju Klopp ketika usianya masih remaja dan menjadi tonggak Dortmund merangkul gelaran liga berturut-turut.

Gotze menegaskan, sikap lucu yang dimiliki bos Liverpool itu menjadikan dia seorang pengurus yang berbeza jika dibandingkan dengan pesaingnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia tahu bagaimana untuk menguruskan saya. Dia seorang jurulatih yang hebat, tetapi personalitinya yang paling penting bagi saya sebagai pemain muda. Saya tidak pernah berjumpa dengan seorang pengurus bola sepak yang lucu secara semula jadi.

“Saya sesekali tidak akan melupakan sewaktu saya berlari ke arahnya di Dusseldorf sewaktu musim panas. Dia sebelum itu telah mendapatkan rawatan pakar bagi menanam rambutnya. Ia menjadi berita besar di Jerman, tetapi dia amat melucukan. Dia hanya tersenyum, memberitahu saya tentang perkara tersebut.

“Selepas itu, dia beredar sambil mengenyitkan matanya sambil berkata, ‘Mario, jangan bimbang, saya ada simpan nombor telefon. Kemudian saya berkata, ‘Apa maksud awak?’. Klopp berkata, “Nombor doktor, saya ada simpan untuk awak. Untuk beberapa tahun akan datang, awak mesti memerlukannya,” kata Gotze dalam tulisannya kepada Players Tribune. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini