Rumah anak yatim Raudhatul Al-Faeez rayu bantuan bina semula asrama - Utusan Malaysia

Rumah anak yatim Raudhatul Al-Faeez rayu bantuan bina semula asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pengurusan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Raudhatul Al-Faeez merayu sumbangan orang ramai bagi membina semula asrama mereka yang musnah dalam kebakaran pada akhir tahun lepas.

Pengasasnya, Zahrina Saat berkata, pihaknya kini memerlukan lebih RM350,000 bagi menampung kos pembinaan rumah tersebut yang kini masih belum siap sepenuhnya.


“Setakat ini, kerja-kerja pembinaan rumah tersebut di Lot 1990-0, Kampung Sungai Salak, Batu 9 1/2, Jalan Gombak itu mencapai 30 peratus siap namun terpaksa dihentikan kerana masalah kewangan.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Oleh itu, diharapkan orang ramai dapat memberi sumbangan agar pembinaan rumah itu dapat diteruskan dan berharap ia boleh didiami awal tahun depan,” Katanya dalam sidang akhbar di rumah sementara mereka di AU4, Lembah Keramat di sini.


Mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Zahrina di talian 016-2627412 atau menerusi Maybank Pengurusan Raudhatul Al-Faeez melalui akaun bernombor 562508510350.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini