Jabatan Penerangan nafi iklan jawatan kosong di Kerjaya.co - Utusan Malaysia

Jabatan Penerangan nafi iklan jawatan kosong di Kerjaya.co

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Mei – Jabatan Penerangan tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan jawatan kosong bagi kemasukan ke jabatan berkenaan.

Jabatan Penerangan
Jabatan Penerangan 

Jabatan itu justeru menafikan iklan Jawatan Pembantu Penerangan Gred S19 yang menyatakan hanya untuk Bumiputera seperti yang disiarkan di laman sesawang persendirian Kerjaya.Co.

“Orang ramai boleh mengakses iklan sebenar di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/iklanpeluang-kerjaya-dalam-perkhidmatan-aw-12,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Jabatan Penerangan, sebarang urusan pengambilan bagi peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui http://www.spa.gov.my.

Menurut iklan di laman web terbabit, permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Pembantu Penerangan S19 di Jabatan Penerangan Malaysia dengan kelayakan minimum Sijil Pelaran Malaysia (SPM) dan terdapat 56 kekosongan di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini