Mercun, bunga api dan rokok RM173,685 dirampas - Utusan Malaysia

Mercun, bunga api dan rokok RM173,685 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING 21 Mei – Polis merampas mercun dan bunga api yang dipercayai dijadikan stok untuk dijual di bazar Ramadan dan tepi jalan di sekitar bandar ini menerusi serbuan di sebuah hotel di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, dalam serbuan pada pukul 11.30 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an yang menjadi dalang kepada sindiket itu.

Katanya, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menyimpan barang larangan di sebuah stor dan mengeluarkan sedikit demi sedikit untuk dijual di tepi jalan atau pasar malam termasuk di bazar Ramadan sekitar bandar ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
KETUA Polis Daerah Mersing, Superintenden, Cyril Edward Nuing (empat dari kiri)
ROKOK yang dirampas dalam serbuan di hotel dan rumah di Mersing, Johor, Rabu lalu. – UTUSAN ONLINE

“Siasatan terhadap suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kemudiannya membawa kepada penemuan sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok seludup pada 12.15 pagi, Jumaat lalu.

“Kesemua terdiri daripada 18 jenis mercun dan 16 jenama rokok tanpa cukai yang diseludup dari negara jiran berlainan dengan anggaran rampasan bernilai RM173,685,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini