Prabowo-Sandiaga akan buat bantahan ke Mahkamah Perlembagaan - Utusan Malaysia

Prabowo-Sandiaga akan buat bantahan ke Mahkamah Perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 21 Mei – Pasangan calon nombor dua, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno akan membuat bantahan ke Mahkamah Perlembagaan (MK) dalam tempoh tiga hari ini.

Lapor Detik News, menurut Koordinator Jurucakap Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo-Sandiaga, Dahnil Anzar Simanjuntak, bantahan tersebut akan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kan had waktu tiga hari, maka kita akan membuatnya (bantahan) sebelum tarikh tutup,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Prabowo-Sandiaga memutuskan untuk membuat bantahan ke MK selepas mesyuarat dalaman yang diadakan di kediaman Prabowo, di Jakarta Selatan pagi tadi.

Bantahan itu dibuat bagi mendapat penjelasan mengenai langkah Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan keputusan rasmi pada awal pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini