Ligue 1 pilih AS - Utusan Malaysia

Ligue 1 pilih AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 21 Mei – Empat pasukan Ligue 1 memilih Amerika Syarikat (AS) sebagai lokasi untuk membuat perlawanan pertunjukkan pada Julai ini sebagai usaha untuk memperkenalkan liga tersebut di peringkat antarabangsan.

Marseille, Saint-Etienne, Bordeaux dan Montpellier akan beraksi di Stadium Washington Audi dengan bertemu kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS), DC United pada 18 hingga 21 Julai ini.

Ketua eksekutif Liga Bola Sepak Profesional (LFP), Didier Quillot memberitahu kejohanan tersebut membuka peluang kepada kelab Perancis dan Ligue 1 untuk memperkenalkan jenama mereka dalam strategi pemasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Matlamatnya adalah membangunkan Ligue 1 di pentas antarabangsa dengan menjadikan AS dan China sebagai pasaran utama.

“Kami mahu meningkatkan reputasi jenama Ligue 1, kejohanan dan kelab kami,” kata Quillot.

Quillot berkata Ligue 1 mahu menempatkan diri dalam kelompok liga bola sepak paling berharga, daripada segi hak penyiaran antarabangsa dalam tempoh lima tahun.

“Kami ada banyak produk yang bagus, pemain bintang seperti Neymar, (Kylian) Mbappe, (Mario) Balotelli, (Memphis) Depay.

“Kami merupakan negara pertama dalam dunia yang mengenal pasti, berlatih dan menggilap pemain muda namun kejayaan kami dalam kejohanan kelab di Eropah kurang,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini