Demokrat tidak sertai aksi ‘22 Mei’ - Utusan Malaysia

Demokrat tidak sertai aksi ‘22 Mei’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 21 Mei – Parti Demokrat tidak akan turut serta dalam tunjuk perasaan ‘22 Mei 2019’ yang diadakan penyokong calon Presiden nombor dua, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno.

Lapor Detik News, sebaliknya Parti Demokrat memilih menyelesaikan masalah berkaitan pilihan raya Presiden (pilpres) 2019 di Mahkamah Perlembagaan.

“Tunjuk perasaan jalanan tidak, Demokrat tidak akan ikut,” kata Setiausaha Agung Parti Demokrat, Hinca Pandjaitan di rumah Prabowo di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Parti Demokrat merupakan satu daripada parti yang menyertai gabungan menyokong Prabowo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini