Dadah: 72,891 orang ditahan sejak Januari - Utusan Malaysia

Dadah: 72,891 orang ditahan sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Sebanyak 72,891 orang telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kerana terlibat kes berkaitan dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dadah bernilai RM204.77 juta sejak awal Januari hingga 16 Mei lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut, 11,061 orang ditahan kerana membekalkan dadah, 27,488 ditahan kerana memiliki dadah dan 34,324 pula kerana positif ujian saringan dadah dalam air kencing.

“67,887 orang yang ditahan ialah warga tempatan manakala 5,004 ialah warga asing dan 590 orang di bawah tangkapan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rampasan dadah sintetik yang tertinggi ialah syabu dengan berat 3,549.33 kilogram (KG) diikuti ketamin (121.10 kg); pil erimin 5 (22.30 kg); pil yaba (41.32 kg) dan pil ekstasi seberat 24.20 kg,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman, rampasan dua lagi dadah tradisional pula ialah ganja dengan berat 320.21 kg serta heroin (334.08 kg)

Tambahnya, nilai sitaan harta melibatkan kes dadah ialah RM34.93 juta dan nilai harta yang dilucuthakan ialah sebanyak RM240,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini