Seorang parah, nahas empat kenderaan - Utusan Malaysia

Seorang parah, nahas empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 21 Mei – Tiga pemandu kereta cedera termasuk seorang daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, pemandu kereta jenis Proton Wira berusia 23 tahun cedera parah di kepala manakala dua lagi mangsa lelaki masing-masing pemandu kereta Proton Saga FLX dan Perodua Axia cedera ringan. Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Melaka.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya, ketika kejadian kereta Proton Wira terbabit dari arah Masjid Tanah menghala ke Sungai Udang dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori tangki muatan simen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lori simen itu kemudian hilang kawalan dan melanggar dua lagi kereta dari arah bertentangan sebelum terbalik dalam keadaan melintang.

KEADAAN lori muatan simen yang terbalik melintang di jalan raya selepas terlibat dalam kemalangan me
KEADAAN lori muatan simen yang terbalik melintang di jalan raya selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah di Alor Gajah malam tadi.  – UTUSAN ONLINE/Ihsan PDRM

“Berikutan itu, pemandu Proton Wira mengalami kecederaan parah di kepala manakala dua pemandu lagi masing-masing berusia 31 dan 41 tahun cedera ringan. Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua kenderaan akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini