Polis tanggalkan poster 'ah long' - Utusan Malaysia

Polis tanggalkan poster ‘ah long’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 21 Mei – Polis berjaya menanggalkan sebanyak 280 keping poster pemberi pinjam wang tidak berlesen atau ‘ah long’ yang ditampal di sekitar bandar ini, malam tadi.

Operasi dua jam bermula pukul 9 malam itu dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bertujuan mencegah orang ramai daripada terpengaruh dengan iklan yang ditampal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, ‘Op Vulture’ itu dijalankan di sekitar kawasan Bandar Baru dan Bandar Lama oleh tiga anggota diketuai Pegawai Operasi, Inspektor Muhd. Eran Mustapha Amir Shariffuddin.

“Pihak kami menanggalkan semua iklan yang ditampal di papan tanda jalan, pokok, bangunan dan premis perniagaan.

“Kita tidak mahu poster tawaran pinjaman itu menjerat penduduk yang terdesak memerlukan wang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, poster yang berjaya ditanggalkan itu dibawa balik ke IPD Gua Musang untuk siasatan lanjut.

Katanya, pada tahun ini, pihaknya masih belum menerima laporan kes berkaitan penipuan ah long di daerah ini.

“Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan urusan pinjaman wang tidak berlesen kerana kesannya amat berisiko apabila faedah yang dikenakan tinggi.

“Kita akan laksanakan operasi dari semasa ke semasa bagi mencegah aktiviti itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini