Xavi ‘gantung but’ dengan kekalahan - Utusan Malaysia

Xavi ‘gantung but’ dengan kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Mei – Ikon Sepanyol dan Barcelona Xavi menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak dengan langkah kiri apabila Al Sadd tewas 0-2 kepada Persepolis dalam saingan Liga Juara-Juara, hari ini.

Pemain yang paling kreatif dalam sejarah bola sepak, Xavi memenangi 19 penghormatan ketika bersama Barca selama 17 tahun selain turut menikmati kejayaan di pentas antarabangsa apabila menjuarai Piala Dunia dan Euro 2008 dan 2012 di Sepanyol.

Dia menyertai kelab Qatar, Al Sadd pada 2015 sehingga hari ini, selepas mengumumkan untuk menggantung but pada awal bulan ini dan bakal beralih ke bidang kejurulatihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum sepak mula di Stadium Azadi, Tehran, Xavi diberi penghormatan apabila menerima jersi yang telah dibingkaikan di samping hadiah lain.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini