Warga emas maut melintas jalan dilanggar kereta guru - Utusan Malaysia

Warga emas maut melintas jalan dilanggar kereta guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 21 Mei – Seorang penunggang motosikal maut ditempat kejadian selepas terlibat kemalangan di Kilometer 81, Jalan Johor Bahru–Batu Pahat, berdekatan Kampung Puteri Menangis di sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitenden Mustafa Bakri Salleh, mangsa, Loh Chung Kuang, 63, yang beralamat di Kampung Parit Marjunid, Benut dekat sini mendapat kecederaan parah di kepala dan kaki.

Menurut beliau, mengikut siasatan awal, kejadian disebabkan mangsa yang melintas secara tiba-tiba dari kanan ke kiri jalan lalu menyebabkannya dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah Pontian ke Benut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa telah terjatuh di atas jalan dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mustafa berkata, pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang guru tiada mengalami sebarang kecederaan.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Tahun 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini