Bawa jenazah naik motor untuk dikebumikan - Utusan Malaysia

Bawa jenazah naik motor untuk dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKANBARU 19 Mei – Gara-gara struktur jalan yang tidak sempurna, penduduk di perkampungan Halim di daerah Batang Cenako, Mukim Indragiri Hulu di wilayah Riau terpaksa membawa jenazah menaiki motorsikal untuk dikebumikan.

Detik News melaporkan, jenazah yang tidak dikenal pasti identitinya itu didakwa meninggal dunia pada Khamis lalu ketika mendapatkan rawatan perubatan sebelum dihantar ke perkampungan Halim menggunakan ambulans.

Namun, ambulans itu tdak dapat menghantar jenazah ke destinasi yang sepatutnya kerana keadaan jalan tanah merah yang teruk, ditambah pula dengan hujan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemandu ambulans, Alim Edi Putra berkata, keadaan jalan yang berlumpur tebal itu menyebabkan kenderaan terbabit tidak dapat memasuki kawasan rumah si mati.

Alim kemudiannya cuba menghubungi pusat kesihatan masyarakat setempat untuk meminjam ambulans yang lebih besar, namun nasibnya malang apabila kenderaan itu dilaporkan rosak.

Akhirnya, penduduk kampung memutuskan supaya jenazah tersebut dibawa dengan menggunakan motorsikal.

Jenazah itu diletakkan atas palang besi yang diikat pada bahagian motor dan dikebumikan tanpa disaksikan oleh keluarganya

Hal ini susulan tiada butiran lanjut mengenai si mati mahupun ahli keluarganya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini