Restoran stimbot musnah terbakar - Utusan Malaysia

Restoran stimbot musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei- Sebuah restoran stimbot musnah terbakar dalam kejadian di Jalan 4/124, Taman Desa Petaling di sini pagi tadi.

RESTORAN stimbot musnah terbakar dalam kejadian di Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.37 pagi dan sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Sungai Besi dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kita mendapati kejadian melibatkan rumah kedai di tingkat satu serta musnah terbakar.

“Api berjaya dikawal pada pukul 10.14 pagi dan kebakaran padam sepenuhnya kira-kira 40 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini