Zakat terakhir jutawan kosmetik - Utusan Malaysia

Zakat terakhir jutawan kosmetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Dunia perniagaan kosmetik semalam dikejutkan dengan kematian pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad yang maut dalam kemalangan ketika hendak menyerahkan wang zakat perniagaan di sebuah pondok tahfiz di Pattani, Thailand.

Kejadian pada pukul 10.30 pagi di tepi Jalan Pattani-Hatyai, Kampung Donrak, Nong Chik itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Allahyarham Faziani, 40, bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dikatakan me­rempuh belakang sebuah lori.

Rempuhan itu mengakibatkan Faziani maut di tempat kejadian manakala suaminya yang memandu MPV tersebut cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anak mangsa, Ainul Atiya, 18, berkata, menjadi rutin bulanan ibu dan bapanya untuk pergi ke Pattani bagi menyerahkan wang zakat kepada pondok tahfiz di wilayah bergolak tersebut.

“Biasa Mama dan Papa (Faziani dan Ahmad Shah Rizal) ke Pattani bersama pemandu. Namun hari ini (semalam) Papa memberitahu kami dia mahu memandu sendiri kereta bersama Mama.

“Kami (anak-anak) agak pelik dengan sikap Papa kerana dia beria-ia mahu memandu walaupun baru tiba dari Jakarta, Indonesia petang semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini