Sepanyol, Perancis anjur 'Persidangan Beruang' - Utusan Malaysia

Sepanyol, Perancis anjur ‘Persidangan Beruang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Sepanyol dan Perancis kelmarin mengadakan perbincangan bagaimana untuk bertindak balas selepas seekor beruang coklat yang baru dibebaskan di Banjaran Pyrenees, Perancis bertindak membunuh beberapa ekor biri-biri.

Situasi itu juga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penternak di sepanjang sempadan ke­dua-dua negara itu.

Satu daripada dua ekor beruang Slovenia bernama Claverina dibebaskan Pe­rancis ke kawasan pergunungan itu pada Oktober lalu untuk meningkatkan populasi haiwan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Claverina dipercayai membunuh lapan ekor biri-biri di wilayah Navarra di Sepanyol dan seekor lagi di wilayah Basque.

Pergerakan Claverina dan seekor lagi beruang betina berusia lima tahun bernama Sorita dikesan melalui kolar elektronik. Claverina menghabiskan musim sejuk lalu dengan berhibernasi di wilayah Aragon di Sepanyol.

Pertemuan yang digelar media tempatan sebagai ‘Persidangan Beruang’ itu menyaksikan wakil kedua-dua belah pihak bertemu untuk perbincangan teknikal di Madrid, jelas Kementerian Peralihan Ekologi Sepanyol.

Pegawai-pegawai bersetuju mempercepat pro­ses perkongsian maklumat pemantauan dan aktiviti dua beruang tersebut.

Buat masa ini, data daripada kolar beruang dihantar kepada pihak Sepanyol beberapa jam selepas dite­rima oleh pegawai di Perancis, kata jurucakap kementerian itu. –  AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini