Mangkuk teh 20 pound rupa-rupanya milik Dinasti Qing - Utusan Malaysia

Mangkuk teh 20 pound rupa-rupanya milik Dinasti Qing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Mei – Mangkuk teh berusia hampir 300 tahun yang dibeli oleh seorang warga Britain dengan harga 20 pound (RM106) berjaya dijual pada acara lelong sehingga 40,000 pound (RM212,122).

Daily Mail melaporkan, mangkuk porselin itu dipercayai pada zaman pemerintahan Maharaja Yongzheng (1723-1735) dan dibuat khas untuk penguasa Dinasti Qing.

Mangkuk bernilai tinggi itu pada awalnya telah dibeli di sebuah kedai antik di China pada 1980-an dengan harga 20 pound.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sworders Fine Art Auctioneers (Sworders) menganggarkan lelongan sekitar 8,000 pound (RM42,424) namun dijual hampir empat kali ganda nilai anggaran.

Mangkuk itu dibeli oleh pengumpul barang antik dari Hong Kong.

Yexue Li, pakar seni Asia di Sworders, berkata jualan itu merupakan salah satu perkara besar dalam acara lelongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini