KPN buat lawatan mengejut ke Balai Polis Trafik KL - Utusan Malaysia

KPN buat lawatan mengejut ke Balai Polis Trafik KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador membuat lawatan mengejut ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun H. S. Lee, di sini hari ini.

Beliau telah meluangkan masa kira-kira 40 minit dengan melawat Pejabat Pertanyaan, Sentri Post dan Perkarangan Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Sepanjang lawatan, Abdul hamid yang hadir dengan berpakaian kasual telah diiringi oleh Pegawai Kanan JSPT KL yang bertugas pada hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baru-baru ini, Abdul Hamid telah melakukan tinjauan ke Balai Polis Damansara dan menjelaskan lawatan berkenaan dibuat secara spontan bagi melihat sendiri kebajikan serta cara kerja pegawai dan anggotanya di lapangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini