Petronas bawa 161 pelajar beli baju raya di Kuantan - Utusan Malaysia

Petronas bawa 161 pelajar beli baju raya di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Mei – Seramai 161 pelajar kurang berkemampuan di sekitar daerah ini menerima sumbangan sempena Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas hari ini.

Setiap penerima dibawa ke pusat beli-belah di sekitar daerah ini untuk membeli kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan baucar bernilai RM300 seorang dan sumbangan wang tunai berjumlah RM100.

Para penerima dan keluarga mereka juga akan diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Datuk Wan Mohd. Hasnan Abdullah berkata, program itu bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan menyambut Ramadan di samping membangkitkan kegembiraan mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Program musim perayaan Sentuhan Kasih ini merupakan sebahagian daripada fokus Yayasan Petronas terhadap aspek kesejahteraan komuniti dan pembangunan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini