Lelaki maut motosikal bertembung kereta - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Mei – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.56 tengah malam, mangsa Muhammad Aiman Achit, 21, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah Pekan Ulu Tiram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu kereta dari arah Pekan Ulu Tiram menghala ke Felda Sungai Tiram. Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentangan telah masuk ke laluannya.

“Pemandu kereta itu tidak sempat untuk mengelak dan telah bertembung secara berhadapan dengan motosikal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, pemeriksaan yang dijalankan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan di kawasan itu adalah satu lorong dua hala serta berselekoh dan keadaan trafik pada ketika itu tidak sesak.

“Cuaca ketika kejadian berlaku adalah baik dengan keadaan jalan yang kering. Pemeriksaan juga mendapati tidak ada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan berhampiran.

“Setakat ini, tidak ada saksi bebas yang tampil membuat laporan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini