Lebih 2,000 produk dirampas guna logo halal tidak diiktiraf  - Utusan Malaysia

Lebih 2,000 produk dirampas guna logo halal tidak diiktiraf 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri merampas sebanyak 2,576 produk makanan selepas didapati menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam Op Halal di sini kelmarin. 

Dalam operasi kira-kira tiga jam bermula pukul 10. 30 pagi, kesemua barangan bernilai RM4, 800.50 itu dirampas dalam tiga serbuan berasingan di premis perniagaan runcit di Taman Merdeka Permai, Taman Limbongan Jaya dan Pengkalan Jaya di Alor Gajah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Melaka, Muhamad Aizudin Mohd. Said berkata, hasil risikan selama seminggu, tiga pasukan penguat kuasa telah menyerbu premis-premis yang disyaki menjual barangan menggunakan logo halal tidak diiktiraf pada bungkusan produk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil serbuan mendapati logo halal yang terdapat pada bungkusan produk adalah bukan daripada Jakim mahupun pensijilan halal daripada luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

“Produk makanan yang dirampas termasuk tepung goreng, kerisik kelapa, tepung kastard, minuman berperisa, rempah sup, tepung pulut hitam dan pes rojak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung tempoh penjualan produk-produk itu di pasaran.

“KPDNHEP memberi amaran keras terutama kepada pihak pengeluar dan premis untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo halal sehingga mengelirukan pengguna beragama Islam,” katanya.

Beliau menambah, ketiga-tiga premis yang terlibat kini disiasat mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini