Wanita tertekan wang anak sakit RM41,000 lesap - Utusan Malaysia

Wanita tertekan wang anak sakit RM41,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang jurujual wanita mengalami tekanan selepas wang derma daripada orang ramai berjumlah RM41,000 untuk pembiayaan kos pembedahan penyakit tulang belakang bengkok dihidapi anaknya, lesap dilarikan.  

Karen Khor Pooi Mun, 40, berkata, dia didatangi seorang lelaki dikenali Simon Looi Ah Chuan yang mendakwa mahu membantunya dari segi pengurusan rawatan tulang belakang bengkok dihadapi anaknya yang berusia 14 tahun.

“Saya percaya kepadanya dan dia kemudian meminta saya menyerahkan wang berjumlah RM41,000 hasil derma orang ramai untuk tujuan pengurusan rawatan anak saya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wang tersebut kemudian diserahkan kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Kuen Chek pada 20 Disember tahun lalu selain dipaksa untuk menandatangani satu surat kebenaran mengurus wang tersebut pada 21 April lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak di sini sebentar tadi. Turut hadir, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak Mohd Ravi Abdullah.

Tambah Pooi Mun, dia hanya menurut kehendak lelaki tersebut atas dasar kepercayaan selain mengaku tidak faham isi kandungan surat berkenaan kerana tidak boleh membaca bahasa Melayu.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini, rawatan pembedahan tulang belakang anak saya tidak dapat dilakukan dan mereka berdua juga tidak dapat dihubungi lagi.

“Selain itu, saya turut mengalami tekanan selepas dituduh menyalahgunakan wang derma tersebut untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Katanya, dua laporan polis telah dibuat pada 28 Februari dan 11 Mei lalu bagi mendapatkan kembali wang berkenaan.

“Saya berharap pihak polis dapat bertindak dengan segera agar wang tersebut dapat dikembalikan kepada saya bagi merawat sakit yang dihidapi anak saya,” katanya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini