SuperLife terajui segmen pasaran kesihatan - Utusan Malaysia

SuperLife terajui segmen pasaran kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat pengedar dan pembekal makanan tambahan, SuperLife World Malaysia Sdn. Bhd. (SuperLife World) komited dalam menerajui segmen pasaran kesihatan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas SuperLife World, Lai Tek Kean berkata, sasaran dan jangkauan tersebut disumbangkan atas faktor permintaan tinggi pelanggan terhadap produk keluaran syarikatnya saban tahun.

“Baru-baru ini kita telah dinobatkan sebagai pe­nerima Stevie Perak bagi kategori Anugerah Pemula Niaga Industri Produk Pengguna Tahunan di London dan kita satu-satunya syarikat daripada Malaysia yang terpilih,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian pada majlis Malam Penghargaan SuperLife 2019 di sini baru-baru ini yang dihadiri kira-kira 500 orang termasuk wakil Superlife World dari Perancis, Afrika, Filipina dan India.

Pada majlis berkenaan, empat buah pusat kebajikan sekitar Lembah Klang me­nerima cek bernilai RM1,500 bagi setiap organisasi sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.

Dalam perkembangan lain, Tek Kean menyatakan syarikat tersebut bakal me­lancarkan dua produk terbaharu Superlife Immune Care (SIC) dan Superlife Neuron Care (SNC) yang diformulasi khas daripada pelbagai bahan bermutu tinggi serta bermanfaat untuk kesihatan optimum, Jun ini.

Untuk rekod, SuperLife World mempunyai lebih daripada 200,000 pengedar sah di 30 buah negara menerusi dua produk terawal, SuperLife Total Care STC30 serta SuperLife Colon Care SCC15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini