KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan senarai 20 pemain skuad hoki wanita negara yang terpilih menyertai Jelajah Eropah sebentar tadi.
Ia merupakan persediaan fasa akhir buat skuad diberi gelaran Malaysian Tigress itu sebelum menghadapi pentas sebenar iaitu Final Siri Hoki Dunia 2019 di Banbridge, Ireland Utara dari 8 hingga 16 Jun ini.
Bagaimanapun, kesemua 20 pemain terpilih tidak boleh berasa selesa kerana dua nama akan digugurkan berdasarkan prestasi pada Jelajah Eropah bagi melengkapkan senarai akhir 18 pemain untuk Final Siri Hoki Dunia yang merupakan pusingan kelayakan awal Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Malaysian Tigress akan bertolak ke Eropah bemula 28 Mei ini dengan Rom, Itali menjadi destinasi pertama.
Selepas itu, skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah akan berangkat ke Glasgow, Scotland pada 1 Jun sebelum ke Belfast, Irelas Utara lima hari kemudian.
Berikut merupakan senarai 20 pemain terpilih menghadapi Jelajah Eropah:
Penjaga gol
1. Farah Ayuni Yahya
2. Mas Huzaimah Md. Aziz
Pertahanan
1. Siti Noor Amarina Ruhani (kapten)
2. Juliani Mohamad Din
3. Nuraini Abdul Rashid
4. Raja Norsharina Raja Shahbuddin
5. Nur Maizatulhanim Syafi Sheik Fuad
6. Nurul Safiqah Mat Isa
Tengah
1. Noor Hasliza Md. Ali
2. Fatin Shafika Mahd. Sukri
3. Fazilla Sylvester Silin
4. Wan Norfaeizah Md. Saiuti
5. Surizan Awang Noh
Penyerang
1. Hanis Nadiah Onn
2. Nuraslinda Said
3. Nur Zafirah Aziz
4. Norazlin Sumantri
5. Nur Amirah Syakirah Zulkifli
6. Kirandeep Kaur Gurdip Singh
7. Siti Zulaikha Husain











