Vinales terpantas di Le Mans - Utusan Malaysia

Vinales terpantas di Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE MANS, Perancis 17 Mei – Penunggang Yamaha, Maverick Vinales dari Sepanyol mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas Grand Prix MotoGP Perancis hari ini, mengatasi rakan senegara, Marc Marquez dan pelumba muda Perancis, Fabio Quartararo.

Pada sesi pertama di sebelah pagi, Quartararo yang menunggang Yamaha mencatat masa terpantas dan muncul satu-satunya pelumba yang melakukan catatan di bawah 1 minit, 32 saat.

Bagaimanapun apabila perlumbaan memasuki sesi latihan bebas kedua pada sebelah petang, catatan yang dilakukan oleh semua pelumba menjadi lebih pantas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Vinales berjaya mengatasi catatan masa awal yang dilakukan Marquez (Honda) dan Quartararo pada saat akhir selepas melakukan masa terbaik 1:31.428s – 0.190s saat meninggalkan Marquz.

Sementara itu, sesi latihan bekas juga dicemari kemalangan yang melibatkan pelumba Honda, Jorge Lorenzo. – AFP

MASA TERPANTAS (latihan bebas)

1. Maverick Vinales (ESP/Yamaha) 1 minit 31.428 saat

2. Marc Marquez (ESP/Honda) +0.190s

3. Fabio Quartararo (FRA/Yamaha-SRT) +0.285s

4. Jorge Lorenzo (ESP/Honda) +0.288s

5. Andrea Doviziosio (ITA/Ducati) +0.308s

6. Danilo Petrucci (ITA/Ducati) +0.471s

7. Pol Espargaro (ESP/KTM) +0.495s

8. Aleix Espargaro (ESP/Aprilia) +0.704s

9. Takaaki Nagakami (JAP/Honda-LCR) +0.775s

10. Jack Miller (AUS/Ducati-Pramac) +0.810s

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini