Menyamar pegawai, pelajar makan KFC percuma setahun - Utusan Malaysia

Menyamar pegawai, pelajar makan KFC percuma setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AFRIKA SELATAN – Seorang pelajar universiti di sini cukup ‘beruntung’ kerana dapat makanan percuma selama setahun dari restoran makanan segera KFC.

Semuanya gara-gara lelaki berusia 27 tahun itu berjaya ‘memperbodohkan’ kakitangan restoran tersebut dengan menyamar sebagai pegawai dari ibu pejabat.

Modus operandi pelajar dari Universiti KwaZulu-Natal itu ialah dengan memakai sut kemas dan menaiki kereta mewah limosin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiap kali tiba di restoran, dia akan menunjukkan kad pengenalan diri dari ‘ibu pejabat’ dan kemudian dengan penuh yakin terus ke dapur seolah-olah hendak memeriksa kualiti makanan sedang disiapkan.

Sebelum pulang, dia akan meminta kakitangan membungkuskan set makanan untuknya.

Lelaki itu telah pergi ke semua cawangan restoran KFC dan melakukan taktik sama.

Tindakannya itu bagaimanapun akhirnya terbongkar dan dia ditahan pihak berkuasa.

Hasil siasatan mendapati, kereta limosin yang digunakannya sebenarnya dipandu oleh kawannya yang bekerja sebagai pemandu.

“Dia mungkin pernah bekerja di restoran KFC sebelum ini memandangkan dia tahu selok-belok termasuk prosedur di restoran,” kata seorang kakitangan restoran itu.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut dianggap sebahagian warganet sebagai hero selepas kisahnya tersebar dalam media sosial. – METRO UK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini