Wanita kahwin ‘kanak-kanak’ dikecam - Utusan Malaysia

Wanita kahwin ‘kanak-kanak’ dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO – Beberapa gambar majlis perkahwinan seorang wanita dengan budak lelaki yang tular dalam media sosial mendapat kecaman pelbagai pihak.

Timbul spekulasi bahawa ia merupakan kes pemerdagangan kanak-kanak dan perkahwinan itu telah diatur.

Pihak media bagaimanapun mendedahkan bahawa ia perkahwinan normal melibatkan dua individu dewasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki yang disangka kanak-kanak itu rupa-rupanya berusia 19 tahun.

Pemuda bernama Jonathan itu mengalami gangguan saraf yang membantutkan tumbesarannya sekali gus menyebabkan dia kelihatan seperti kanak-kanak.

Walaupun dalam keadaan kekurangan, dia bertemu jodoh seperti insan sempurna yang lain.

Kisah itu yang pada awalnya menerima cemuhan bertukar menjadi tragik dan menyentuh emosi.

Jonathan melangsungkan majlis perkahwinan dengan tunangnya di bandar Xaltianguis dan disaksikan oleh ahli keluarga serta rakan-rakannya. – ODDYCENTRAL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini